Thursday, May 19, 2011

ego vs airmata. hargailah. terima kasih.



 nampak perempuan kat atas ni? ni gambar pagi tadi. waktu keluar makan dgn family tadi. perempuan ni lembik sikit. sikit2 nak nangis. nama perempuan ni NUR FARHA. ya know what do this name means? CAHAYA KERIANGAN OR KEGEMBIRAAN. lebih kurang la. tapi kenapa selalu menangis pun aku tak tahu lah. :)

aku bukan nak cerita pasal nama aku tu, aku nak cerita perihal perempuan. maksud aku, perihal perasaan seorang perempuan. aku tak kata yang lelaki tidak berperasaan. kay.


PEREMPUAN. Selalu menangis. kenapa? selalu orang cakap, airmata perempuan tu kononnya senjata untuk melemahkan lelaki. mana tak nya, lepas gaduh ja, mesti perempuan menangis. kalau menangis buat masa sekejap tu mungkinlah itu disengajakan supaya pergaduhan itu terlerai begitu saja. tapi, kalau dah dari pagi, petang siang malam asyik menangis tak henti, maksudnya apa? disengajakan jugak kah?

Buat apa perempuan menangis tak henti, melainkan dia telah meletakkan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki? buat apa mencintai sepenuh hati, sedangkan dirinya tidak dihargai? dimaki hamun semudah itu. perempuan, sekuat mana pun seorang perempuan tu, tidaklah berdaya untuk melawan seorang lelaki. perempuan sering melakukan kesalahan? benarkah? ya memang benar. apa kesalahan2 tersebut? curang? keluar dengan lelaki lain? tak pandai jaga hati? mengada2? cerewet? queen control? haih. aku pulak yang rasa nak menangis sekarang. sorry, emotional pulak. yelah, entry aku kali ni pun cakap pasal perempuan. i mean, aku pun perempuan. so aku pun terasa jugak.

okay, kenapa perempuan menangis? mesti sebab sedih, tapi sedih kenapa? percaya tak kalau aku kata, perempuan memang akan selalu ditemani airmata sejak dari kecik, sampai lah mendirikan rumahtangga. okay, bukan aku nak buat pandai tapi ni based on my observation. pemerhatian kay, bukan pengalaman. maksud aku, kerana lelaki. bukan sebab lain.

satu, menangis semasa kecik. korang pun tahu kenapa kan? ada la sebab kenapa budak kecik menangis. gaduh dgn abang ke ape ke. faham2 saja lah.

dua, menangis kerana dimarah oleh bapanya. biasalah, anak perempuan memang susah nak jaga.

tiga, menangis kerana teman lelakinya. kalau perempuan tak sayang, dia takkan menangis semudah itu.

empat, menangis kerana suaminya. banyak sebab kenapa perempuan menangis kerana suaminya. ni pun faham2 sajalah sebab apa.

selalu orang faham macam ni, orang yang end up dengan tangisan itu adalah orang yang bersalah. ada seseorang pernah kata macam ni kat aku. mak ai, sakit hati aku ni. tapi tu lah, sebenarnya, yang sebetul2nya, tangisan itu tidak bermakna seorang perempuan itu lemah, dia telah cuba sedaya upaya untuk menahan tangisan itu, and kalau boleh, taknak langsung pun dirinya itu dilihat sedang menangis. ingat perempuan suka sangat ke nak menangis bagai ni? tidak sama sekali. Dan, kalau dah seorang perempuan itu sanggup menangis disebabkan sesuatu, faham2 sajalah.

setiap titis airmata perempuan, ada nilainya. hargailah. jangan menyesal kemudian hari bila at last, perempuan itu menjadikan setiap titis airmata yang dianggap murah sangat tu sebagai pembakar semangatnya untuk menjadi lebih kuat untuk melawan segala masalah yang datang, sehinggakan tiada ruang lagi bagi seorang yang bernama lelaki di hatinya.

terima kasih.

2 comments: