Sunday, February 16, 2014

Deep Indirect Conversation With Mak and Adik

Hi. Assalamualaikum.
 
Terjadinya satu deep conversation (indirectly) sewaktu aku sedang online, dan mak serta adik aku yang tengah tengok TV tadi. Adik aku tiba tiba merungut, pasal kerja dan sebagainya. Macam macam jugak lah yang dirungutnya tadi. Selepas beberapa ketika, mak aku pun mula berkata kata dalam dialek Penangnya (walaupun dia bukan orang Penang) yang fasih. Tapi aku tulis guna dialek standard lah ye.
 
 
Mak aku cakap;

 

"Dah besar, kenapa masih nak menyusahkan mak ayah? Kita yang umurnya dah jejak angka 20-an ni, dah boleh fikir, mana baik mana buruk. Cari kehidupan untuk diri sendiri sebaiknya".

 

Itulah kata kata mak aku tadi. Aku yang menghadap laptop je dari tadi, sengaja tak endahkan apa yang mak dengan adik aku bualkan. Bukan taknak ambil port, cuma aku ni jenis suka listen and observe apa yang jadi di sekeliling aku. Ya, walaupun dalam kalangan keluarga aku sendiri.

 

Sepatutnya mak ayah dah boleh rasa budi baik mereka dibalas sepanjang membesarkan anak mereka. Ibu ayah ni tak mintak pun diberi allowance jutaan ringgit, cukup dengan kasih sayang yang diberi oleh anak anak mereka tanpa perlu meraih simpati dari anak mereka.
 


Lepas tu mak aku cakap lagi. Waktu ni aku duduk semeja dengan adik aku (berhadapan);
 

 

"hang tengok perempuan (aku) depan hang tu, dia bagi apa yang kami (mak ayah) nak (keputusan baik/belajar sungguh2), tapi apa kami bagi dekat dia? Dia tak pernah mintak apa pun."


Aku diam je. Buat buat tak dengar. Alahai. Mak ni. Ish, ada pulak cakap macam tu. Disebabkan mak dengan abah lah, kakak dapat harungi kehidupan di dunia ni (dengan izin Allah) sebaiknya. Walaupun tak dapat bagi kemewahan dekat kami (anak anak), kakak bersyukur masih lagi mampu hidup selesa, ada rumah, makan pakai cukup, tu semua dah cukup bagi aku. Mungkin bagi mak, diorang tak dapat bagi kemewahan dekat kami (anak anak), tapi korang tahu tak, seseorang yang tahu erti bersyukur, benda kecik yang dia dapat pun dia boleh hargai sebaiknya. Cuba kalau tak bersyukur, mana nak datang rasa puas hati tu, sampai bila bila lah rasa tak puas hati tu berapi dalam diri.

 

Adik aku diam je lepas tu. Sepatah kata pun tak keluar. Itulah. Kalau nak bercakap tu, taknak fikir dulu. Sebab tu orang selalu cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, kau tanggung lah sendiri.

 

Aku ni perangai lain sikit. Tak macam orang lain. Aku tak diumpan dengan harta benda untuk aku ter-motivate untuk belajar pandai pandai. Dari kecik lagi aku tak diajar macam tu. Waktu dah masuk tingkatan 4, waktu tu banyak kawan kawan aku yang dah ambil lesen motor, and ramai yang bawak motor pergi sekolah. Mak ayah aku ada tanya aku waktu tu, "kakak takmau amik lesen motor ka?" Aku taknak. And aku taknak apa apa. Aku taknak susahkan mak ayah aku. Tapi lain pulak ceritanya bila tiba turn adik adik aku ni. Haih. Entah lah. Perangai aku dengan adik adik aku memang tak sama, tak sama langsung.

 

 

Satu je aku nak cakap, hargai kehidupan korang sekarang sebab korang bukannya tahu, ada orang lain lagi yang mengharap untuk dapat hidup dalam kehidupan korang yang sekarang. Memang lah ada orang lagi senang hidupnya dari kita, tapi kita kena ingat, ada jugak orang yang lagi susah dari kita.

"Bersyukurlah selalu atas berkat yang belum terlihat, yang sedang dalam perjalanan."

- Peribahasa Indian

Sebab..kita mungkin tak tahu apa yang sedang menanti kita. Pada masa yang sama, try to  improve yourself. No one could change you but you, yourself.


 

Saturday, February 15, 2014

Worth The Nervousness

Hi. Hello. Assalamualaikum.

Previous post was about nervous. The nervousness which causes the eustress in me while waiting for my final exam (degree) result to be revealed (in which have been revealed yesterday) and I must say Alhamdulillah for the result I have gained. Aim for the best and you'll get the best for you. It may not be good for other people, but it may means everything to you.

Apa yang kita kehendaki, mungkin tak sama dengan apa yang orang lain hendak. Betul? Diri kita sendiri yang tahu dan kenal sebenar-benarnya diri sendiri. Orang boleh motivate kita, beri macam macam nasihat. Kita boleh attend banyak seminar motivasi, in which boleh tolong tingkatkan motivasi dalam diri kita. No matter how high our motivation is, if we don't make the first step, tiada siapa yang boleh tolong.

Contoh macam bila kita nak belajar, nak study untuk test, exams and etc, kadang kita selalu rasa kita ada banyak masa lagi. Kita tangguh dulu. Saying to ourselves, nanti lah, nanti lah, ada banyak masa lagi. Dekat sini dah Nampak yang susahnya kita nak start buat sesuatu. Tapi korang mesti pernah experience yang bila kita dah start buat sesuatu tu, kita akan terus buat (people with high motivation tadi). Apa yang perlu ada ialah consistency di mana kita perlu maintain the progress je.

I speak (write) based on what I've experienced. To be honest, aku ni pemalas. Tapi bila aku dah start, aku akan buat betul betul. Anyway, congratulations to those who have obtained the results. Bagus ke, tak bagus ke, our result is the reflection of our efforts. (Ni kalau cakap hal study and results lah). Kalau ada peluang lagi, improve yourself to get better. Ingat, kehendak kita tak sama dengan kehendak orang lain. Be a better you from day to day. Good luck guys.

Wednesday, February 5, 2014

Nervous

Hi there.

Hi I'm Farha, studying in UiTM Bandar Melaka. Currently in Part 3 degree. *Sudden introduction of myself* haha. Eh. For now semua student degree UiTM are waiting for their results to be revealed and the scary event is gonna happen at February 14th, 2014 if I'm not mistaken. So korang, apa perasaan sekarang? Tak kisah lah result macam mana pun, janji kita dah usaha sehabis baik. Betul tak? Walau apa pun, keep going! Wishing you guys all the best!

Bye, Assalamualaikum. :)