Saturday, July 21, 2012

Ramadhan, 2012

Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah.

Ramadhan tahun ni bermula pada tanggal 21 Julai 2012 dan secara kebetulan jatuh pada hari Sabtu. Jadi, ramai students UiTM  Jengka yang tidak ingin melepaskan peluang untuk sambut puasa dgn keluarga tersayang, termasuklah aku. Aku suppose balik Penang, parents and adik2 aku kat Penang. Tapi aku ni lemah sikit kalau nak ulang alik dalam waktu yg terhad, yelah hari Ahad dah kena gerak balik Pahang. Almost 9 hours wo. Confirm letih badan je. So aku decide untuk balik rumah kakak aku kat Cheras. Aku gerak dengan classmates aku - Amirul, Nina, Tia hari Jumaat petang right after kelas Office Simulation kitorang habis. Eh actually kitorang keluar awal sikit, sikit je. Kami berempat. They drop me kat Pekeliling. Then my abang ipar datang kutip aku. Eh tak, datang jemput aku. Hehe.

Okay sesudah sampai di Cheras, my sister's family and me pegi makan dekat Restoran Nasi Kandar Bistro, area Bandar Sri Permaisuri (Bandar Tun Razak), then terus balik rumah. Sesampainya aku kat rumah, belum sempat tukar baju aku dah on lappy aku hadap youtube. Keep on downloading Korean video clips sampai bosan. Itu lah one of my bad side. Eh, bad side ke? ahaha.

First day puasa, aku sahur dgn family kakak aku kat Restoran Nasi Kandar, tapi aku makan nasi goreng. Lepas tu kitorang perform Subuh prayer kat masjid berdekatan. Aku pun tak ingat apa nama masjid tu. Lepas balik dari masjid tu, aku rasa sangat tenang. Siap sempat lagi update status kat facebook aku tu ha. Jadi aku harap, insyaallah dengan tibanya ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini, aku dapat mengubah diri aku sendiri dari yang negatif kepada yang positif. Insyaallah, aku akan dapat kurangkan sifat2 mazmumah dan inginku tingkatkan sifat2 mahmudah. InsyaAllah.


Monday, July 16, 2012

Misery? No, she's smiling.

Can you tell whether this girl is in misery or what? Of course lah you can't tell. Isn't it? Sebab muka dia sentiasa senyum, bila sedih pun dia still boleh cover2 bila member2 tanya. And now, she's better than before. Dia boleh sembunyikan perasaan sedih, marah, dan yang sewaktu dengannya by smiling. Yeah, she's really good at it. Sekali pernah terluka, terasa macam hati disiat2, lagi bertambah kuat hati dia rupanya. Alhamdulillah, Allah sedang mengujinya dan Insyaallah, dirinya dapat go through all that.

Nak tahu macam mana dia boleh survive even emosi dia sering terganggu? Sebab dia ingat Allah. Aku rasa dia jadi lebih dekat dengan Allah bila dia ditimpa musibah. See? Allah bagi kita rasa susah, sebab nak kita ingat kat Dia. Allahuakbar. Ha nampak tak kaitan di situ?

And now she's in the final semester for her diploma dan Insyaallah dia akan usahakan untuk dapatkan anugerah dekan lagi. But unfortunately hajat nak dapatkan Anugerah Naib Canselor (ANC) tu dah terkubur lama sebab kantoi waktu part 1, pointer only 3.44 tak cukup 3.50. Sigh. Takpelah, rezeki masing2.

Ha see this girl down here, boleh senyum2 lagi, kuat kan? Ha please say yes ! haha. (kidding!)






Sunday, July 15, 2012

Cerita bila best friend dah menggedik.

I keep laughing when i read this. :D



Dia:      Hai awak, rindu la :)

Aku:    Wey, aku pun rindu kat kau. Haha

Dia:      Ala ape 'aku kau' ni. Tak sweet la awak. Haha

Aku:    Haha. Gedik.

Dia:      Haha, serius sy rindu kat awak.

Aku:    Jangan main2 la. Ee, aku tumbuk jugak kang.

Dia:     Kau nak tau tak, lelaki gunakan istilah kawan untuk pembuka kata kepada hubungan   yg lebih serius tp pmpuan gunakan istilah kawan untuk putuskan hubungan :)

Aku:    Yang tu aku tahu, tapi kau tu suka main2. Eeee.

Dia:     Kau kena paham kenapa aku suka main2.

Aku:    Mane aku tahu, aku kena paham ape je wey? =='

Dia:     Haha, takde ape la. Nanti bila2 kau free kau pikir la ape yang aku cakap tadi.

Aku:   Haha. Yela wey.=='

Thursday, July 5, 2012

Berhati-hati menjaga hati

Assalamualaikum,

Tak susah mana pun kalau bab nak menjaga hati ni. Tambah2 lagi hati sendiri. Tapi kadang2 orang salah anggap dan salah faham macam mana nak jaga hati.

Simple, jika kita sayang, pasti mudah untuk kita jaga. It depends on your own willingness. Macam nak stop smoking la. It depends on your willpower to stop it. Kalau sayang diri sendiri, jaga hati sendiri. Jangan biarkan orang lain mudah sangat nak guris2 hati kita ni. Then, kalau dah pandai nak menjaga hati sendiri, baru boleh proceed untuk jaga hati orang lain. Again, it's simple. Love and respect yourself. Others will do the same to you. Kalau kita sendiri tak boleh nak sayang and respect diri sendiri, macam mana orang lain nak buat benda yg sama? Tak macam tu? Kan?

Last, sayang Allah, make him as your King in your heart, and He will help you to find your King, your man. Insyaallah.

Selamat malam.