Friday, May 27, 2011

mengada tiba tiba. :P

tika pagi, masih muda, waktu sekarang adalah 4:51 a.m. aku still tak boleh nak tidur. adik aku kat sebelah dah lena dari tadi lagi. yang aku ni ha, bukan aku tak mengantuk, mata ni kalau boleh dah pejam lama dah. tapi kenapa aku sendiri rasa tak boleh nak tidur pun aku tak faham. mungkin sebab esok, aku akan tinggalkan rumah, cuti oh cuti kenapa singkat sangat? takpa2. korang tak payah jawab kay.

memikirkan apa yang bakal berlaku esok. aku kena start pack barang awal2 pagi. sebab petang aku nak keluar. dengan cinta cinta  hati aku. sapa? ada lah. ini semua takdir. cecece, tetiba pulak dah. haha. sudah2, jangan pikir bukan2. korang ni. pandai eh? hee.

macam mana nanti perasaan aku and perasaan cinta cinta cinta hati aku esok eh ? ngee, sedih bhai . confirm punya. but this time, aku memang tiba2 rasa berat hati sangat. bukan apa, dulu masa part 2 bukan tak berat hati, kira berat la jugak, tapi kali ni memang sangat berat. apa hang dok merepek, dok cerita pasai berat2 apa? haih. lagi satu, kalau aku tak boleh focus belajar nanti, aku nak balik Penang. boleh kan mak? please :D

haha, aku gila malam ni, dah tak boleh tidur, nak kacau orang tengah tidur, dah tak sampai hati pulak. nak keluar, awal sangat. azan subuh pun aku tak dengar lagi ni. nak terus start packing barang, bantuan mak sangat diperlukan. so, lakukan esok sajalah. nak online fb, tak boleh pulak. haih.

kenapa lah aku rasa macam, takda semangat pulak tiba2 nak balik belajar kat Jengka tu. somebody please, gimme some motivations. boleh tak? mengada aih aku . kan? dah la. aku nak tido.

oleh: sukabuatmengada. okaybye :D

perlu ke balik Jengka?

haih, esok malam 10:30 pm i will be going back to Jengka dengan rakan rakan seperjuangan aku. Fazira, Ummi, Dylla and ramai lagi. aku memang semangat nak balik Jengka, tapi bila dikenangkan cinta cinta and cinta hati aku kat Penang ni, rasa berat pulak hati ni nak balik. yelah, banyak sangat kenangan manis even cuti this sem tak sampai sebulan.

aku akan tinggal family aku, and yang akan tinggal kat umah tu just abah, mak and adik aku. Fatini and Iqmal. Yang si Ismael dah pergi PLKN. kesian pulak kat mak aku. mesti mak aku rindu kat aku and adik aku tu. huhu. aku pulang ke Jengka menaiki Jengka Liner. so agak2 akan sampai Jengka dalam pukul 8:00 pagi. 10 jam perjalanan. and macam biasa, setiap kali nak naik bas, aku memang akan rasa berdebar and takut, bukan ape, korang faham2 saja la. orang selalu tanya, macam mana hang angkut barang2 hang semua naik bas? haha, agak2 la nak angkut semua barang, aku dah tinggal siap2 kat rumah pakcik kat Jengka tu. aku just usung satu beg besar saja. by the way, sangat besar. =='

so apa2 pun, aku harap aku and the geng akan selamat sampai ke destinasi yang dituju demi untuk meneruskan perjuangan dalam belajar. okay. and kepada cinta cinta cinta and cinta hati aku kat Penang, ingat la aku selalu, and jangan lupa kenangan kita kat Penang okay. Aku memang menyakitkan hati, tapi tu yang akan buat cinta cinta and cinta hati aku tu ingat aku selalu. kan? haha. okaybye ! :D

Thursday, May 26, 2011

anda akan gagal dalam belajar jika :

1. anda takda mood nak belajar

2. belajar ikut mood

3. tak suka ulangkaji pelajaran

4. ulangkaji last minute

5. belajar semata-mata untuk peperiksaan

6. niat tak betul

7. tidak mendapat keredhaan ibu bapa

8. malas




oleh, yang sukabuatpandai. HAHA :P

result semester dua :)

huk huk huk :P

bukan nak cerita pasal movie Karak ke ape, tapi nak cerita pasal suasana bila result dah keluar. Macam2 status kat facebook aku tengok. yelah, aku pun post jugak. tak salah pun kalau nak gembira dengan result yang kita dapat kan. yelah, struggled macam gila, mesti lah happy kan bila result bagus.by the way, kepada semua students yang dapat 3 pointer and above, congratulations aku ucapkan. keep it up ! kepada yang dapat Dean List, bersyukurlah, kerana setiap usaha anda telah terbukti hasilnya, kan? kepada yang tak dapat DL tu, jangan sedih2 okay, kira bagus kan bila takda repeat paper. that's better. aku pun penah rasa bila pointer dah hampir sangat nak dekan tu, and tu buat kita rasa frust sangat3. aku faham. aku faham. keep trying okay. setiap usaha pasti akan beroleh kejayaan. ni mak aku yang kat penang selalu pesan kat aku, dia selalu text aku, bagi semangat kat aku.

ingat lagi dalam post aku yang pasal Perihal Gadis Dekan before this? haa, time tu aku memang betul2 ter-motivate sangat2. sumpah. betul2 time tu wat aku down gila and buat aku rasa aku suppose to beat them. apsal diorang boleh tapi aku tak boleh? betul tak? HAHA. poyo sejenak. takpe kan? haha :P

by the way, aku memang happy dengan result aku sem ni. tak macam sem lepas, frust gila. and thanks to that guy yang bagi motivation merepek2, and at last, i did it. (aku taknak mention nama dia kat sini, kang dia femes, kalah aku. haha). ape2 pun, keep trying, don't give up easily, kalau ada masalah ke ape ke, cari kawan yang boleh dipercayai then cerita saja kat dia. this will make you feel better, tambah2 bila dah dekat2 dengan final exam. macam2 dugaan yang jadi. so, we need to be strong. kadang2 sampai rasa nak give up pun aku penah. :P but now, aku happy dengan result aku. sangat2.

ALHAMDULILLAH :D

Thursday, May 19, 2011

ego vs airmata. hargailah. terima kasih.



 nampak perempuan kat atas ni? ni gambar pagi tadi. waktu keluar makan dgn family tadi. perempuan ni lembik sikit. sikit2 nak nangis. nama perempuan ni NUR FARHA. ya know what do this name means? CAHAYA KERIANGAN OR KEGEMBIRAAN. lebih kurang la. tapi kenapa selalu menangis pun aku tak tahu lah. :)

aku bukan nak cerita pasal nama aku tu, aku nak cerita perihal perempuan. maksud aku, perihal perasaan seorang perempuan. aku tak kata yang lelaki tidak berperasaan. kay.


PEREMPUAN. Selalu menangis. kenapa? selalu orang cakap, airmata perempuan tu kononnya senjata untuk melemahkan lelaki. mana tak nya, lepas gaduh ja, mesti perempuan menangis. kalau menangis buat masa sekejap tu mungkinlah itu disengajakan supaya pergaduhan itu terlerai begitu saja. tapi, kalau dah dari pagi, petang siang malam asyik menangis tak henti, maksudnya apa? disengajakan jugak kah?

Buat apa perempuan menangis tak henti, melainkan dia telah meletakkan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki? buat apa mencintai sepenuh hati, sedangkan dirinya tidak dihargai? dimaki hamun semudah itu. perempuan, sekuat mana pun seorang perempuan tu, tidaklah berdaya untuk melawan seorang lelaki. perempuan sering melakukan kesalahan? benarkah? ya memang benar. apa kesalahan2 tersebut? curang? keluar dengan lelaki lain? tak pandai jaga hati? mengada2? cerewet? queen control? haih. aku pulak yang rasa nak menangis sekarang. sorry, emotional pulak. yelah, entry aku kali ni pun cakap pasal perempuan. i mean, aku pun perempuan. so aku pun terasa jugak.

okay, kenapa perempuan menangis? mesti sebab sedih, tapi sedih kenapa? percaya tak kalau aku kata, perempuan memang akan selalu ditemani airmata sejak dari kecik, sampai lah mendirikan rumahtangga. okay, bukan aku nak buat pandai tapi ni based on my observation. pemerhatian kay, bukan pengalaman. maksud aku, kerana lelaki. bukan sebab lain.

satu, menangis semasa kecik. korang pun tahu kenapa kan? ada la sebab kenapa budak kecik menangis. gaduh dgn abang ke ape ke. faham2 saja lah.

dua, menangis kerana dimarah oleh bapanya. biasalah, anak perempuan memang susah nak jaga.

tiga, menangis kerana teman lelakinya. kalau perempuan tak sayang, dia takkan menangis semudah itu.

empat, menangis kerana suaminya. banyak sebab kenapa perempuan menangis kerana suaminya. ni pun faham2 sajalah sebab apa.

selalu orang faham macam ni, orang yang end up dengan tangisan itu adalah orang yang bersalah. ada seseorang pernah kata macam ni kat aku. mak ai, sakit hati aku ni. tapi tu lah, sebenarnya, yang sebetul2nya, tangisan itu tidak bermakna seorang perempuan itu lemah, dia telah cuba sedaya upaya untuk menahan tangisan itu, and kalau boleh, taknak langsung pun dirinya itu dilihat sedang menangis. ingat perempuan suka sangat ke nak menangis bagai ni? tidak sama sekali. Dan, kalau dah seorang perempuan itu sanggup menangis disebabkan sesuatu, faham2 sajalah.

setiap titis airmata perempuan, ada nilainya. hargailah. jangan menyesal kemudian hari bila at last, perempuan itu menjadikan setiap titis airmata yang dianggap murah sangat tu sebagai pembakar semangatnya untuk menjadi lebih kuat untuk melawan segala masalah yang datang, sehinggakan tiada ruang lagi bagi seorang yang bernama lelaki di hatinya.

terima kasih.

Monday, May 16, 2011

saya minta maaf

saya minta maaf
saya minta maaf
saya minta maaf.

saya betul2 tak sengaja tadi.
saya tak tahu awak tengah buat kerja.
saya minta maaf.
saya tak tahu awak tengah sibuk.
saya minta maaf
pasal saya awak hilang focus on your work.
saya betul2 takde niat nak ganggu awak.
saya minta maaf :'(

saya memang selalu buat masalah. saya minta maaf.

sincerely, farharazak.


gratias~

Saturday, May 14, 2011

control cun?

"awak ingat lagi tak masa kita jalan nak pegi Pasar Rabu dulu?
masa tu kita baru habis kelas kat blok A.
awak jalan dengan member2 awak kat depan saya.
then bila nak turun tangga masa kat bus stop tu awak nak jatuh pastu awak tertolak member awak yang kat depan awak tu.
saya tahan ja gelak tengok awak.
still nak control cun even nak jatuh.
awak kelakar la, teringin nak tengok awak gelak camtu lagi. So sweet."

kurang ajar, aku tak control la weyh. HAHA. err, thanks babe. kau terbaek. you've tried your best to make me smile. and i was smiling just now just because of your silly text. (:

gratias~

her heart is fragile

my heart is fragile, is brittle.
there's a lot of mistakes due to my existence.
i just don't know why i would feel this.
i am not ready enough yet, to go through this tough life.
there are numerous of obstructions, matters.
if people around me would understand.
sometimes, i do feel like to quit.
why is i am being 19, if all the things happen are making me
feels that i am suppose to be 25 right now.
if i am capable enough to solve these matters,
i swear i would do anything about it.

sincerely, F-A-R-H-A

Monday, May 9, 2011

Sejenak bersama rakan sekerja

sekarang dah start musim cuti bagi semua students UiTM. And aku salah seorang dari students tu. Cuti tak sampai pun sebulan.  Tak percaya? 1st May 2011 until 28th May 2011. I'm going back to UiTM Jengka on 28th May 2011 disebabkan perjalanan dari Penang ke sana mengambil masa yang sangat lama. Tu yang need to depart earlier than others. okay.

So, hari ni memang aku takde aktiviti apa2 yang nak dibuat, saja la aku nak pergi melawat tempat kerja part time aku dulu2. I miss them so much. Kak Aisyah, Kak Alieya, Kak Bie, Wany. Aku paling muda. So semua aku hentam panggil kakak :))

Alang2 dah jumpa tu, aku and Kak Bie pergi melawat satu shopping complex yang kitorang mmg selalu pergi dulu masa aku masih bekerja. katanya nak beli barang, so aku ikut jelah. Kitorang sempat menjamu selera di Food Court yang ada kat situ. :)

Drumstick Chicken Rice.
tak sedap. masin. taknak pegi dah sini. :P

saya bersama kak Bie :)



 peace no war yaww kak :)



wajah sebelum makan. HAHA :)

apa2 pun, we're having fun even just for a while. cukup lah kan untuk memenuhi waktu cuti aku ni :) gratias!

Sunday, May 8, 2011

You Told Me

you told me to call you when i wake up

you told me to remind you about our date

you told me to tell you when i'm in misery

you told me that you'll be there when i need somebody

you told me to hug you whenever i feels to

you told me to call your mum, if you're not answering the phone

BUT,

when i am finding for you,

you're avoiding yourself,
i called your mum,
your mum said you're sleeping,
she's telling you that i'm calling,
but you're ignoring me,
you're rejecting my call,
thanks babe,
thanks for this kind of torture. ily.


                                                                                                                                                 F-A-R-H-A

Perasaan Seorang Ibu

ladies and gentlemen, listen here. every single human being in this world, there must be a girl, a woman, a mother who are giving birth to them. So please and please, do appreciate your mother.

perasaan seorang ibu, cuba anda bayangkan apabila seorang anak lelaki, menengking, mengherdik dan menuduh ibunya sendiri di saat ibunya memang tidak bersalah, di saat ibunya sedang berada di dalam kesedihan yang berpanjangan, dan ditambah pula dengan sikap anak lelakinya yang tidak tahu mengenang budi, tidak tahu menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. patutkah si anak berkelakuan sebegini? si ibu bersusah payah, bangun awal pagi, seawal yang boleh semata-mata ingin mengejutkan si anak yang sedang tidur dan mengingatkannya untuk pergi ke sekolah dan si ibu jugalah yang menyiapkan pakaian sekolah yang siap digosok, kasut sekolah berserta stokin yang sedia diletakkan di depan pintu rumah demi untuk memudahkan anaknya. Tapi si anak tidak sedar akan kebaikan seorang ibu, lantas meletakkan ibunya sebagai subjek bagi kesalahan mengapa dia dilahirkan di dunia ini. Cuba bayangkan perasaan ibunya pada ketika itu. Si ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Di saat ibunya berada dalam kesedihan yang berpanjangan, si anak seharusnya melegakan hati ibunya dengan sikap yang baik. Hati seorang ibu, seukir senyuman di wajahnya tidak semestinya melambangkan gelora jiwanya. Tambahan apabila disakiti oleh anak sendiri. Sepatah perkataan yang bisa mengguris perasaan seorang ibu adalah lebih tajam daripada sebilah pedang yang menghiris kulit.

Selagi si ibu bisa bertahan dengan sikap dan kerenah anak lelakinya, selagi itulah dia akan mampu mengukir senyuman. Tetapi, apabila hatinya sudah tidak bisa menahan luka yang sedia ada, dan ditambah pula dengan sikap anaknya yang tidak henti-henti mencari kesalahan ibunya, percayalah, ibu mana yang tidak akan mengalirkan air mata. Ingatlah, setitis air mata ibu jatuh, hilanglah 10 kebajikan si anak.

Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka iaitu :
  1. melihat Kaabah sehingga mengalir air mata
  2. membaca al-Quran sehingga mengalir air mata
  3. memandang wajah ibu yang sedang tidur/sedar hingga mengalir air mata


crying is not only for babies.


if you're trying to break your own mother's heart, you can go die, that is better. I hate people who doesn't know how to appreciate his/her mother. Let me tell you, your future children will do the same thing as what you've done to your mother. All she need is respect. That's all. Nothing else. 

gratias~

Saturday, May 7, 2011

tangan saya :)

saya boleh buat macam2 dengan tangan saya. i mean, use it wisely. HAHA. :)
here we go, sedikit fakta mengenai Farha Abdul Razak. <3

menaip keyboard lappy : both hand for sure :)

texting through the phone : left hand, because, my right hand can't stand to press the keypad for a long period. So kalau saya nak makan, of course i will use my right hand kan, so there will be no problem la for me to keep on texting while eating.

playing badminton : i am using my left hand to hold the racquet and and and, i'd never see people using their left hand to play badminton. kalau sesiapa yang main badminton dgn saya, depa mesti pelik. tapi kalau ada yang main guna tangan kiri jugak macam saya, please let me know. saya nak tahu sangat. okay? :)

pegang guitar : left left and left hand only. why? saya pun tak tahu la. tapi reti pegang jelah, nak main tak reti. :)

gratias ~
pic ni takde motif pun. tapi comel kan? hee :)

a story of BF and GF

here we go, a story telling.
GF - girlfie. BF - boyfie.

GF and BF are separated far apart. 
One day, GF doesn't have enough credit to text BF. But GF is always keep thinking of BF. GF's parents does not allow her to go out and she is grounded. GF is having the difficulty to go out even to the shop nearby her house. GF is trying her best to sneak out from her house to go buy some credit just to text BF. But somehow, when she text BF, BF made a confession that he was texting her friend while waiting for GF to reply his messages. His friend is a girl, his schoolmate. He told that he was mad at GF when she's not replying his messages and that is why he is texting someone else. GF feels so sad and doesn't want to text BF anymore. GF is hurt. ouucchh !
gratias~

Friday, May 6, 2011

Spare Parts? backup Dancers?

spare parts? spare parts apa? kereta ke?

bukan.

yang title Backup Dancer tu, actually bukan nak cerita pasal dancer yang betul2. tapi, spare parts is approximately the same as backup dancer. tak percaya ? okay, aku bagi example. bayangkan, aku ni the main singer. and backup dancer aku their names are Bella, Shima, Memey, Jue and Nadira. Eh jap, ada lagi satu, Ina. HAHA.  Nama and nama tersebut adalah rekaan semata mata okay.

Kalau in the terms of relationship, i mean couple la, those 'backup dancer' can be called as spare parts. i was thinking about this perumpamaan recently. Perumpamaan la sangat kan. Maksudnya di sini adalah, there is one guy who is having a girlfriend. He would promise and will do anything for his girlfriend. but at the same time this guy pasang spare parts. ini lah yang dipanggil backup bagi si girlfriend tadi tu. maybe when she's not around this guy wouldn't feel bored. agaknya lah. :) by the way, happy reading guys !

gratias~

 spare parts?



backup dancers?

Ending Words by Women In An Argument.

Gaduh mulut? perang saraf? Perlu ke?

There must be one end word in the argument between a girl and a boy. Kalau aku la, aku memang suka cakap 'nothing' atau pun 'takde pape'. sebab aku malas nak explain banyak2. buat sakit hati saja if the things we're explaining, even we're having the proof but your bf still doesn't want to admit it. So, baik diam and cakap nothing's wrong. senang kan?

Those words yang famous among girls when they are getting into an argument with those boys are these :

FINE : selalu girls guna this word to end the argument and to notify that they are being on the right side and boys are required to keep their mouth shut.

NOTHING : actually it could mean a thing. But why say nothing? Sebab malas nak buat teruk. and malas nak dengar explanation yang entah apa2. and at this point, listen here boys, you should and you must be worry enough.

WHATEVER : or in the other word it suppose to be meant as FKCU you. It's the way how girls saying that in a proper way.


Thursday, May 5, 2011

Love your game.

Don't play with words,
At times, those words are killing.

If you're playing a game,
Better count me in,
Because, i'll try hard to be the best player.

Thanks for making me,
Feeling that i am less than perfect,
Because i know,
I am not perfect.

All i know is,
I'm not doing any wrongs,
that could make you mad.

You could see my eyes,
Throwing the tears,
without any pity,
Without any thought to make me feel better.

I've tried to smile,
I've tried to be strong,
Like nothings are happening,
Even i know who are you actually.

I don't want to ask you anything about it,
Because i know, you won't admit your wrongs,
People make mistakes, but your mistakes,
Are not supposed to be called mistakes,
It's a crime, a love crime.

gratias ~

kantoi. sakit hati. break.

Awak berlaku baik, sopan, soft-spoken pada awalnya. Awak buat saya rasa awak tak sama dengan lelaki2 yang pernah saya jumpa sebelum ni. Even, yang baru saya jumpa sekarang pun tak sebaik awak. Awak sabar dengan setiap kerenah saya dan saya harap ia kekal begitu.

Tapi semalam, saya saja nak tengok handphone awak. Tangan saya ni saja gatal nak tekan msg2 awak. saya tengok ada msg2 kakak awak, kawan2 awak. Then, tiba2 saya rasa nak tengok 'delivery report' folder handset awak. Saya tengok ada msg2 perempuan lain. Itu saya tak kisah. Tapi bila saya tanya awak, awak msg dengan sape lagi, awak langsung tak mention nama perempuan tu. Saya ok lagi.

Lepas tu kita pegi makan. Waktu makan saya tanya awak lagi. Saya tak puas hati selagi awak tak mention nama perempuan tu. Saya terus bagitawu awak pasal msg tu. Tapi awak kata itu sebab awak saja nak biar saya baca kat situ. Apa maksud awak? Saya tak faham. Saya tanya lagi. Kenal kat mana? Macam mana boleh dapat number dia melainkan awak sendiri yang ask for it. Takkan perempuan tu sendiri nak minta. awak kata awak minta number dia atas sebab awak nak buat business. Ok fine. Airmata saya mula mengalir. Shit of it. Saya benci bila menangis sebab macam ni. Then, awak mula marah2 saya. Awak kata, ni semua jadi sebab saya. Saya tak layan awak. Saya tak kisah pasal awak. Jadi, sebab tu awak cari orang lain?

Awak kata, selama ni awak ikut setiap apa yang saya nak. Apa kehendak saya semua awak ikut. Memang. Itu saya mengaku. Tapi kenapa baru sekarang awak cakap pasal benda ni semua? Saya tahu. Saya banyak menyusahkan awak. Saya tak baik. Saya malu awak marah2 saya kat tempat public macam tu. Saya terus pergi dari situ. Awak ikut saya. Saya tak nak ikut awak. Saya nak balik sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak lagi. Yes i am the burden.

Awak paksa saya balik dengan awak. Ok. Saya ikut awak. Awak minta maaf. Saya cuma diam. Saya tak sangka awak akan marah saya macam tu. Dalam keta, awak suruh perempuan tu call and explain to me. Tapi awak kata, awak msg/call dengan dia guna number lain. Saya hairan sebab awak still guna number yang sama awak selalu guna bila awak suruh dia call saya. Awak tak tukar sim card pun. Awak harap saya akan fikir apa lepas tu? For sure saya fikir awak tengah tipu saya lagi. Mula2 awak cakap lain, sekarang awak cakap lain. Awak kata, ni semua sebab saya. Awak kata awak ikut apa yang saya nak. Tapi, bukan macam ni yang saya nak.

Saya minta maaf. Saya selalu buat awak sakit hati dengan tingkah laku saya. Yes, i'm still childish. Saya selalu minta putus dengan awak. Tapi saya tak bermaksud macam tu. But this time, saya betul2 nak putuskan hubungan ni. Saya takut. Saya takut dengan awak. Awak mula mengamuk dalam keta. Saya takut. saya takut sebab awak mengamuk macam gila. Awak buat saya rasa tak selamat bila ada dengan awak. Apa jadi kalau accident? Saya tak nak mati sebab benda macam ni.

Awak janji awak akan hantar saya sampai rumah dengan selamat. Saya masih takut. kepala saya sakit sangat. Awak minta maaf lagi. Saya tak sangka awak akan marah saya sampai macam ni. Saya sedih. Maaf saya tak boleh jadi yang terbaik dalam hidup awak. Saya disamakan dengan semua orang yang buat masalah dalam hidup awak. I AM SORRY ! T.T Lepas ni, saya takkan menyusahkan awak lagi. Semoga awak bahagia.





p/s : sekadar cerita :P

gratias~

Tuesday, May 3, 2011

i will never mind.

i will never mind,
if you're having an additional relationship with another girlSSS

i will never mind,
if you're finding back for your ex girlfriend just because she's getting popular among your friends

i will never mind,
if you're not loving me that much as what your sweet talk mouth said

i will never mind,
if you're being with me just because you'd been challenged by your friends to have a date with me

i will never mind,
if you don't have the intention to have a serious relationship

i will never mind,
if you doesn't want to admit your wrongness eventhough i am showing you the proof right in front of you

i will never mind,
if your feelings towards me doesn't last long

i will never mind,
if you are intentionally wanna make fool of me

BECAUSE, YOU DOESN'T KNOW HOW TO APPRECIATE PEOPLE, AND SOMEDAY YOU'LL SEE, WHAT GOES AROUND COMES AROUND. treat people as how you wanna be treated.


 
 gratias~

Sometimes we need to get sick.

there are numbers of sicks if we could count on that. High blood pressure, diabetes, heart attacks etc. OMG. ini yang dipanggil sakit atau pun penyakit. semua tahu la pasal ni. okay2.

did you know about hereditary? penyakit keturunan?

Usually, hereditary can be detected bila dah mencapai umur 18 tahun. Contoh, your father ada sakit Low Blood Pressure and your Mum ada sakit High Blood Pressure. and you may eventually be inherited by one of the sickness.


What is low blood pressure? (LBP)

Benda ni jadi bila your blood pressure untuk setiap heartbeat rendah dari kebiasaan. Kenapa pening? Sebab your brain didn't get enough blood. Nak guna alasan ni untuk taknak study boleh tak? :P

Nama lain bagi LBP:

  • postpandrial hypotension
  • orthostatic hypotension
  • neurally mediated hypotension (NMH)

atau pun - darah tak dapat tekanan yang it supppose to get, darah tak sempat nak sampai ke bahagian badan yang sepatutnya terutama BRAIN. Jadi, adakah ini menyebabkan pesakitnya menjadi lemah? haihh. Kasihan kan? =='

Symptoms pulak:
  • pening2.
  • rasa macam nak pitam bila berdiri lama sikit.
  • blurry vision.

The doctor said, kalau high blood pressure ada ubat, tapi low blood pressure mmg takde ubat. =='
Tapi, takkan takde cara langsung nak overcome kan? aku pun macam pelik bila fikir yang LBP tak boleh diubati. HAHA.

ni haaa, ade je ways to overcome. - increasing fluids to treat dehydration. Macam mana nak increase fluids? Minum ja air banyak2 okay - then, avoid standing for a long period. tak payah la nak kawad2 sangat.-  then,increasing the amount of salt in your diet. okay? :))



**Pernah rasa tak? kalau pernah, baik pergi check. hee :) Awat tiba2 cakap pasal sakit2 ni? Hm, saja la. tak salah kan? wink**



Gratias ~~

Monday, May 2, 2011

People who love me a lot :)

Siapakah ahli keluarga saya? jeng jeng jeng. hehe :)

I have a total of 5 siblings. Here they are:

1. Lisda (eldest)
2. Farha (me)
3. Ismael
4. Fatini Aqila
5. Iqmal Faiz (youngest)



my sista and her husband :)
yeah,she's married, staying in KL.


this is my younger brotha,Ismael. And my beloved mother is on the left side :)
My mom pandai jahit tau. Baju sekolah, tudung sekolah semua mak jahit. Thanks a lot mom <3. Mak aku ni sporting sangat2. Boleh dikatakan, she's always on my side. Abah marah aku, mak aku back up even aku yang salah. yelah, mak mana tak sayang anak. Kalau ada problem, cerita ja kat dia, for sure aku akan rasa okay lepas tu. Syurga di bawah tapak kaki ibu ea :)

Yang adik lelaki aku tu pulak, memang agak degil gila la. Kalau bab membebel, bagi kat dia. Mengalahkan perempuan. pot pet pot pet tak benti. dia tinggi, tinggi dari aku and normal la tu. he's a guy. Pertengahan bulan ni dia nak p PLKN. Aku tak tahu la, dia ni suka ke tak nak p sana. Macam takda perasaan ja pun.



this is my younger sista. Fatini Aqila. Ya know what, she's taller than me ! Aku jarang balik rumah sebab study kat Pahang, jauh sangat. Terkejut aku bila balik, drastik gila dia bertambah tinggi =='
Tolong la, dia baru thirteen ! tiga belas yaww. Aku pesan kat dia, lepas ni kalau keluar pegi mana2, jangan cakap adik aku, cakap kawan or what so ever. Maluuuuu la aku nanti. TENSION.




ha, ni budak nakal. sumpah, sangat nakal. Iqmal Faiz. he's the youngest. Minat sungguh dia main bola. Tadi dia ada minta aku ajar maths, aku dengan bangganya, alah maths darjah 4 ja pun. Mai sini 'aa' tolong. (adik aku panggil aku 'aa').
dalam buku sekolah dia,ada satu soalan ni, tanya pasal difference between 450 and 350.  
dialog seorang kakak and seorang adik sebentar tadi berkenaan soalan maths tadi:
 aku:      Mal, tau tak 'difference tu apa?
iqmal:    tau !
aku:       ha apa dia?
iqmal:   defend la. yang macam kedudukan bila main bola tu kan ??
aku:      Ya Allah, sabar jelahh, boleh pulak dia maen2 =='??


budak kecik ni tak tau la tinggi ke tak. Just wait and see. Tapi, confirm2 la dia akan tinggi sebab dia lelaki. Habis lah aku, semua tinggi dari aku ! mengada betoi ! Takpa, aku kena cari laki tinggi pasni. haha (sapa yang mengada sekarang ni) =='



Mana gambar abah aku??
err, actually gambar abah banyak dalam lappy ni, tapi hari tu dah format so dah hilang semua. nvm, lepas ni aku upload la ea. apa apa pun, abah aku is the best even kadang2 aku tak suka cara dia. kalau dia balik rumah, mata tu tak nampak kelibat aku, terus call aku. yelah, aku ni susah nak lekat kat umah. bila tengok incoming call abah, terus gelabah cepat2 nak balik. Even kadang2 aku rasa abah aku tu annoying, aku tahu yang abah aku sayang aku, dari form 1 sampai form 5, abah la yang antar pegi sekolah ulang alik. thanks abah <3

no matter how they are, i do love them :)
gratias ~~