Saturday, February 15, 2014

Worth The Nervousness

Hi. Hello. Assalamualaikum.

Previous post was about nervous. The nervousness which causes the eustress in me while waiting for my final exam (degree) result to be revealed (in which have been revealed yesterday) and I must say Alhamdulillah for the result I have gained. Aim for the best and you'll get the best for you. It may not be good for other people, but it may means everything to you.

Apa yang kita kehendaki, mungkin tak sama dengan apa yang orang lain hendak. Betul? Diri kita sendiri yang tahu dan kenal sebenar-benarnya diri sendiri. Orang boleh motivate kita, beri macam macam nasihat. Kita boleh attend banyak seminar motivasi, in which boleh tolong tingkatkan motivasi dalam diri kita. No matter how high our motivation is, if we don't make the first step, tiada siapa yang boleh tolong.

Contoh macam bila kita nak belajar, nak study untuk test, exams and etc, kadang kita selalu rasa kita ada banyak masa lagi. Kita tangguh dulu. Saying to ourselves, nanti lah, nanti lah, ada banyak masa lagi. Dekat sini dah Nampak yang susahnya kita nak start buat sesuatu. Tapi korang mesti pernah experience yang bila kita dah start buat sesuatu tu, kita akan terus buat (people with high motivation tadi). Apa yang perlu ada ialah consistency di mana kita perlu maintain the progress je.

I speak (write) based on what I've experienced. To be honest, aku ni pemalas. Tapi bila aku dah start, aku akan buat betul betul. Anyway, congratulations to those who have obtained the results. Bagus ke, tak bagus ke, our result is the reflection of our efforts. (Ni kalau cakap hal study and results lah). Kalau ada peluang lagi, improve yourself to get better. Ingat, kehendak kita tak sama dengan kehendak orang lain. Be a better you from day to day. Good luck guys.

Wednesday, February 5, 2014

Nervous

Hi there.

Hi I'm Farha, studying in UiTM Bandar Melaka. Currently in Part 3 degree. *Sudden introduction of myself* haha. Eh. For now semua student degree UiTM are waiting for their results to be revealed and the scary event is gonna happen at February 14th, 2014 if I'm not mistaken. So korang, apa perasaan sekarang? Tak kisah lah result macam mana pun, janji kita dah usaha sehabis baik. Betul tak? Walau apa pun, keep going! Wishing you guys all the best!

Bye, Assalamualaikum. :)

Friday, October 18, 2013

Cinta

Assalamualaikum.

Post tentang cinta, tentang perasaan. Mungkin terasa ini sesuatu yang common. Ya memang betul. Cinta adalah sesuatu yang common, yang hampir semua orang pernah merasanya. Kebanyakan orang melalui cinta menerusi cara yang pelbagai. Cinta Allah, itu yang sewajibnya. Bagaimana dengan cinta sesama kita? Sesama manusia. Antara keluarga, rakan rakan, teman sepermainan, adik beradik, dan yang selalu orang akan notice ialah cinta antara lelaki dengan perempuan.


Apa itu cinta? Jawapan yang pelbagai mungkin boleh didapati dari individu yang berbeza. Lain individu, lain pendapat, lainlah persepsi. Cinta bukan objektif. Cinta itu subjektif. Terpulanglah pada yang merasa. Bagi aku, cinta itu umpama dadah. Bukan morfin dan sebagainya, bukan. Love is an addiction. Kalau dah terbiasa bercinta, bila cinta itu hilang secara tiba tiba, diri kadang tak mampu untuk dikawal. 


Jadi, bercintalah seadanya. Tak salah untuk mencintai, dan juga tak salah untuk dicintai. Sekian.

Friday, June 21, 2013

Entry Paling Short and Bosan.

Assalamualaikum teman teman. Sorry deh sebab lama dah tak update blog. Tadi ada sorang member bising bising cakap blog aku bersawang. Bukannya takda idea nak cerita kat korang, actually banyak benda yang nak diceritakan. Tapi macam busy sikit. Takde masa sangat. Kononnya lah kan.

Hmm. Takpelah ye teman teman. Later on aku post lah eh. Okay lah. Good night. Sweet dream. Hihi.

Wassalam.

Friday, November 9, 2012

Gagal Itu Tidak Salah

Assalamualaikum.

Pengalaman dan kegagalan itu mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Kadang kadang kita takkan pernah rasa cukup dengan apa yang telah kita ada. Itu dinamakan nafsu dan itu jugalah dikatakan kemahuan, bukan keperluan. Kadang kadang bila kita gagal, kita rasa menyesal. Tapi pernah tak kita fikir yang Allah SWT sedang menguji kita?

Contoh paling dekat ialah diri aku sendiri. Baru baru ni keluar result final exam student diploma UiTM. Aku student final semester diploma. Waktu part 1 dulu aku belum dapat Anugerah Dekan lagi. But starting from part 2 until part 5 aku dekan. I was regretting to myself and keep asking why and why aku tak dekan waktu part 1 dulu? I'd wasted the chance for me to get Anugerah Naib Canselor (ANC) dimana kita perlu dekan for every semester to get that.

Bila aku fikir semula, disebabkan waktu part 1 dulu aku tak dapat dekan lah aku dah cuba untuk dapatkan dekan for every semester starting from part 2. And i did it. So sekarang boleh nampak kan yang kegagalan di waktu awal telah membuatkan aku berusaha untuk memperbaiki diri aku sendiri kepada yang lebih baik. Jadinya yang aku nak tekankan kat sini adalah tak salah untuk gagal tetapi salah kalau kita tak cuba untuk berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Betul tak?

3.44 : 3.85 : 3.85 : 3.84 : 3.87  <---------------my results for the 5 consecutive semesters. Alhamdulillah. I'll try to get ANC for degree nanti. Insyaallah.


Thanks for reading. Bye.

Thursday, October 25, 2012

First Impression From My BFF

Aku sangat suka bertanya pada orang di sekeliling aku, maksud aku, kawan kawan dan yang seangkatan dengannya. Apa yang diorang fikir when they first saw me? Gedik ke, menyombong or whatsoever. 

And the best respond was from my best friend, Miss Aina. Aku tanya dia waktu sebelum kitorang balik ke rumah masing2. Dah habis diploma lah kononnya. Aku tanya dia,"mula2 awak tengok saya, apa yang awak fikir tentang saya?" Jawabnya simple, "sombong dan jenis yang memilih kawan". Aku takdelah terkejut mana pun. Cuma aku hairan, apa yang membuatkan dia jawab macam tu. So aku tanya la lagi, "kenapa awak cakap macam tu?". Jawabnya, "gaya awak tu". Oh okay aku dah faham. Dia teruskan dengan penjelasan dia, katanya bila dah lama kenal, aku ni sebenarnya peramah, tak memilih kawan, efficient dalam buat kerja, tak pentingkan diri". Alhamdulillah, bagus lah kalau dia fikir macam tu. Sebab aku pun fikir benda yang sama tentang dia. 

Buat masa sekarang, aku sangat lah rindu kat dia. Hari tu sebelum balik, kitorang masing2 peluk tak nak lepas. Rasa sayanggggg plus sayuuu sangat nak berpisah dengan kawan yang baik macam dia. Korang pun tahu kan, susah nak dapat kawan yang baik so bila dah dapat, jaga lah dia elok2. Kawan waktu senang, memang banyak. Tapi tak banyak kawan yang ada pada waktu kita susah. Betul tak?

Aku harap lepas ni, dia tetap akan sentiasa ingat aku, jangan lupa aku, dan yang paling penting, kahwin nanti jangan lupa ajakk. Kalau lupa, aku curi anak diaaaa. Haha. Kidding ! :D

Thanks for reading. Bye !

Jauhnya Bahagia

Pernah korang rasa jiwa kosong?
 
Untuk waktu yang sekarang, hatiku terasa kosong. Kosong dari segalanya. Aku bersyukur di atas setiap kurniaan maha Penciptaku, Allah SWT. Tidak pernah aku minta untuk diuji dan diduga sebegini. Aku hanya manusia kecil dan juga mungkin seorang hamba Allah yang kurang baik.

Hari ini, aku tersungkur lagi. Akibat terlalu mengharapkan kasih duniawi. Terasa jauhnya diri aku dari cinta manusia. Tidak mengapa. Mungkin ini waktu yang paling pantas untuk aku mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Ya Allah. Hati aku sangat kecewa buat waktu yang sekarang. Mungkin ini adalah pengajaran terbaik supaya aku tidak terlalu taksub dengan cinta di dunia. Sedangkan Allah sentiasa ada untuk aku. Mungkin saat ini, aku sedang diajar untuk bersyukur untuk apa yang aku ada, cukup lah cinta dari keluarga ku, ibu dan bapa ku. Ku harus akur dengan takdirNya. Dan juga mungkin cinta yang gagal ini adalah sebagai untuk mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.

Suatu hari, pasti akan ada seseorang yang mampu menyayangiku sepenuh hatinya. Insyaallah. Aku yakin dengan kekuasaanMu Ya Allah. Ini hanyalah ujian kecil bagiku. Mungkin masih ada banyak lagi dugaan yang perlu aku tempuh di kemudian hari. Tiada siapa tahu.

Masih, jiwa aku menjadi kosong, untuk waktu yang sekarang.

Wednesday, October 24, 2012

Degree Application

Babe, sesiapa yang dah di semester akhir yang belum apply for degree yet? UiTM students yang in final semester dah boleh apply for degree starting from 1st October until 31st October 2012. Application ni through online, so korang kena beli number pin di Bank Simpanan Nasional (BSN). Haaaa? Dah tahuuu? Okayyyyyyyy.

Kalau untuk korang yang dah di final semester, dan berhasrat untuk apply for UiTM jugak nanti, korang kena beli number pin untuk penerapan semester akhir UiTM, RM10 sahaja. Alright, sebenarnya aku nak cerita pasal application degree aku. I'm doing Diploma in Office Management and Technology (BM118). So kalau nak sambung degree, course yang ideal untuk aku sambung ialah Bachelor of Office System (BM232). Tapi aku takk apply for this course pun. Aku apply courses lain. Dan kat situ kita boleh letak 4 pilihan program. And these are the courses that i've applied. See see.







But course yang aku harap sangat aku dapat ialah BM223 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia). Aku pun tak tahu kenapa. Tapi kalau dapat course lain pun, aku tetap akan proceed. Sebab aku memang suka belajar. Suka sangat. Percaya takk? Haha.

And lastly, aku harap aku dapat lah kampus yang dekat2 utara ni jugak. Letih lah asyik naik bas ulang alik Penang - Pahang tu haa. So, doa doakan lah ye. Amin. Thanks for reading. Byebye.

Don't Trust Him If

Hello, girls out there. Assalamualaikum.

I believe ramai between korang yang dah ada boyfriend kan? Atau lebih sedap lagi kalau dipanggil bakal suami. Ke bukan? 

Okay now like this. A simple question from me. Do you really trust your boyfriend? Aku bukan nak menghasut korang atau apa, tapi tolong stop jumpa boyfriend korang and stop from trusting them if they were trying to touch you, even your hands. Please. At that time, they're not feeling the love, diorang cuma fikir benda lain. I bet korang faham apa yg aku maksudkan. yessss ! Exactly. Nafsu semata. Cuba bayangkan, kalau diorang betul sayang, they would not want to touch you. Even sikit pun. Tidak akan. Yang perempuan selalunya akan feeling2, rasa disayangi and whatsoever. Tapi lelaki? So girls out there, tolong sayang diri sendiri, maruah sendiri.

Bukan senang nak cari lelaki yg betul2 mahukan seorang perempuan dan lelaki yang mahukan 'body' perempuan tu banyak, bersepah sana sini. Just so, think for your best in life. And thanks for reading. Take care babe.