Friday, October 18, 2013

Cinta

Assalamualaikum.

Post tentang cinta, tentang perasaan. Mungkin terasa ini sesuatu yang common. Ya memang betul. Cinta adalah sesuatu yang common, yang hampir semua orang pernah merasanya. Kebanyakan orang melalui cinta menerusi cara yang pelbagai. Cinta Allah, itu yang sewajibnya. Bagaimana dengan cinta sesama kita? Sesama manusia. Antara keluarga, rakan rakan, teman sepermainan, adik beradik, dan yang selalu orang akan notice ialah cinta antara lelaki dengan perempuan.


Apa itu cinta? Jawapan yang pelbagai mungkin boleh didapati dari individu yang berbeza. Lain individu, lain pendapat, lainlah persepsi. Cinta bukan objektif. Cinta itu subjektif. Terpulanglah pada yang merasa. Bagi aku, cinta itu umpama dadah. Bukan morfin dan sebagainya, bukan. Love is an addiction. Kalau dah terbiasa bercinta, bila cinta itu hilang secara tiba tiba, diri kadang tak mampu untuk dikawal. 


Jadi, bercintalah seadanya. Tak salah untuk mencintai, dan juga tak salah untuk dicintai. Sekian.

No comments:

Post a Comment