Tuesday, April 3, 2012

7 Simple & Safe Beauty Tips

Assalamualaikum people yang cantik cantik belaka :)

Setiap ciptaan Allah SWT di muka bumi ini semuanya cantik cantik terutama perempuan kan? So janganlah any of you yang rasa diri tu tak cantik lah ape lah, sebab every single of you is beautiful just the way you are. Okay cantik?

Alright, just wanna share some information on 7 simple tips to enhance your beauty.  Especially kepada perempuan perempuan di luar sana yang sudah sememangnya cantik, but still anda kena maintain ataupun jaga kecantikan anda tu kan? Yang belum kahwin dan yang dah kahwin pun still kena maintain jugak. So lets read some of the tips down here.

1. Rawatan Muka - Alright cantik cantik sekalian, perawatan muka yang teratur adalah salah satu tip yang anda boleh ikut iaitu dengan membersih dan menyegarkan wajah anda setiap hari. 

2. Pengambilan Makanan - Makanan yang bergoreng ataupun yang berminyak hendaklah  dikurangkan pengambilannya. Anda juga perlu banyakkan minum air putih. Kalau boleh air suam, air sejuk perlu dikurangkan terutama selepas makan.

3. Bersihkan Muka Dari Solekan - Okay, tak salah kalau anda nak bersolek, tetapi tolong pastikan anda bersihkan sebersih-bersihnya muka anda dari sebarang solekan sebelum anda tidur.

4. Tidur - Walaupun anda terlalu sibuk dengan kerja, assignment bertimbun2, tapi jangan pernah abaikan waktu tidur anda kerana tidur dan rehat yang mencukupi adalah salah satu sebab anda kelihatan segar dan cantik.

5. Pengambilan Buah-buahan & Sayur - Anda perlu juga lebihkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kulit yang cantik.

6. Kebersihan - Sila utamakan aspek kebersihan dalam apa jua yang anda lakukan. Contohnya, kuku hendaklah sentiasa bersih dan tidak panjang.

7. Produk Kecantikan - Pemilihan produk yang bersesuaian dengan tekstur dan PH kulit anda. Jika anda tidak pasti tentang kulit anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar kulit ataupun anda search saja di internet. Selain itu, jangan biasakan diri anda dengan menukar-nukar produk kecantikan dalam masa yang singkat.


So, harap harap entry ni dapat sedikit membantu anda di luar sana untuk mengamalkan 7 simple tips ni to enhance your beauty. Kalau anda yang tak jaga kecantikan diri sendiri, siapa lagi? Ye dok? hehe. Good luck people.

No comments:

Post a Comment