Saturday, July 21, 2012

Ramadhan, 2012

Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah.

Ramadhan tahun ni bermula pada tanggal 21 Julai 2012 dan secara kebetulan jatuh pada hari Sabtu. Jadi, ramai students UiTM  Jengka yang tidak ingin melepaskan peluang untuk sambut puasa dgn keluarga tersayang, termasuklah aku. Aku suppose balik Penang, parents and adik2 aku kat Penang. Tapi aku ni lemah sikit kalau nak ulang alik dalam waktu yg terhad, yelah hari Ahad dah kena gerak balik Pahang. Almost 9 hours wo. Confirm letih badan je. So aku decide untuk balik rumah kakak aku kat Cheras. Aku gerak dengan classmates aku - Amirul, Nina, Tia hari Jumaat petang right after kelas Office Simulation kitorang habis. Eh actually kitorang keluar awal sikit, sikit je. Kami berempat. They drop me kat Pekeliling. Then my abang ipar datang kutip aku. Eh tak, datang jemput aku. Hehe.

Okay sesudah sampai di Cheras, my sister's family and me pegi makan dekat Restoran Nasi Kandar Bistro, area Bandar Sri Permaisuri (Bandar Tun Razak), then terus balik rumah. Sesampainya aku kat rumah, belum sempat tukar baju aku dah on lappy aku hadap youtube. Keep on downloading Korean video clips sampai bosan. Itu lah one of my bad side. Eh, bad side ke? ahaha.

First day puasa, aku sahur dgn family kakak aku kat Restoran Nasi Kandar, tapi aku makan nasi goreng. Lepas tu kitorang perform Subuh prayer kat masjid berdekatan. Aku pun tak ingat apa nama masjid tu. Lepas balik dari masjid tu, aku rasa sangat tenang. Siap sempat lagi update status kat facebook aku tu ha. Jadi aku harap, insyaallah dengan tibanya ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini, aku dapat mengubah diri aku sendiri dari yang negatif kepada yang positif. Insyaallah, aku akan dapat kurangkan sifat2 mazmumah dan inginku tingkatkan sifat2 mahmudah. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment