Sunday, February 16, 2014

Deep Indirect Conversation With Mak and Adik

Hi. Assalamualaikum.
 
Terjadinya satu deep conversation (indirectly) sewaktu aku sedang online, dan mak serta adik aku yang tengah tengok TV tadi. Adik aku tiba tiba merungut, pasal kerja dan sebagainya. Macam macam jugak lah yang dirungutnya tadi. Selepas beberapa ketika, mak aku pun mula berkata kata dalam dialek Penangnya (walaupun dia bukan orang Penang) yang fasih. Tapi aku tulis guna dialek standard lah ye.
 
 
Mak aku cakap;

 

"Dah besar, kenapa masih nak menyusahkan mak ayah? Kita yang umurnya dah jejak angka 20-an ni, dah boleh fikir, mana baik mana buruk. Cari kehidupan untuk diri sendiri sebaiknya".

 

Itulah kata kata mak aku tadi. Aku yang menghadap laptop je dari tadi, sengaja tak endahkan apa yang mak dengan adik aku bualkan. Bukan taknak ambil port, cuma aku ni jenis suka listen and observe apa yang jadi di sekeliling aku. Ya, walaupun dalam kalangan keluarga aku sendiri.

 

Sepatutnya mak ayah dah boleh rasa budi baik mereka dibalas sepanjang membesarkan anak mereka. Ibu ayah ni tak mintak pun diberi allowance jutaan ringgit, cukup dengan kasih sayang yang diberi oleh anak anak mereka tanpa perlu meraih simpati dari anak mereka.
 


Lepas tu mak aku cakap lagi. Waktu ni aku duduk semeja dengan adik aku (berhadapan);
 

 

"hang tengok perempuan (aku) depan hang tu, dia bagi apa yang kami (mak ayah) nak (keputusan baik/belajar sungguh2), tapi apa kami bagi dekat dia? Dia tak pernah mintak apa pun."


Aku diam je. Buat buat tak dengar. Alahai. Mak ni. Ish, ada pulak cakap macam tu. Disebabkan mak dengan abah lah, kakak dapat harungi kehidupan di dunia ni (dengan izin Allah) sebaiknya. Walaupun tak dapat bagi kemewahan dekat kami (anak anak), kakak bersyukur masih lagi mampu hidup selesa, ada rumah, makan pakai cukup, tu semua dah cukup bagi aku. Mungkin bagi mak, diorang tak dapat bagi kemewahan dekat kami (anak anak), tapi korang tahu tak, seseorang yang tahu erti bersyukur, benda kecik yang dia dapat pun dia boleh hargai sebaiknya. Cuba kalau tak bersyukur, mana nak datang rasa puas hati tu, sampai bila bila lah rasa tak puas hati tu berapi dalam diri.

 

Adik aku diam je lepas tu. Sepatah kata pun tak keluar. Itulah. Kalau nak bercakap tu, taknak fikir dulu. Sebab tu orang selalu cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, kau tanggung lah sendiri.

 

Aku ni perangai lain sikit. Tak macam orang lain. Aku tak diumpan dengan harta benda untuk aku ter-motivate untuk belajar pandai pandai. Dari kecik lagi aku tak diajar macam tu. Waktu dah masuk tingkatan 4, waktu tu banyak kawan kawan aku yang dah ambil lesen motor, and ramai yang bawak motor pergi sekolah. Mak ayah aku ada tanya aku waktu tu, "kakak takmau amik lesen motor ka?" Aku taknak. And aku taknak apa apa. Aku taknak susahkan mak ayah aku. Tapi lain pulak ceritanya bila tiba turn adik adik aku ni. Haih. Entah lah. Perangai aku dengan adik adik aku memang tak sama, tak sama langsung.

 

 

Satu je aku nak cakap, hargai kehidupan korang sekarang sebab korang bukannya tahu, ada orang lain lagi yang mengharap untuk dapat hidup dalam kehidupan korang yang sekarang. Memang lah ada orang lagi senang hidupnya dari kita, tapi kita kena ingat, ada jugak orang yang lagi susah dari kita.

"Bersyukurlah selalu atas berkat yang belum terlihat, yang sedang dalam perjalanan."

- Peribahasa Indian

Sebab..kita mungkin tak tahu apa yang sedang menanti kita. Pada masa yang sama, try to  improve yourself. No one could change you but you, yourself.


 

Saturday, February 15, 2014

Worth The Nervousness

Hi. Hello. Assalamualaikum.

Previous post was about nervous. The nervousness which causes the eustress in me while waiting for my final exam (degree) result to be revealed (in which have been revealed yesterday) and I must say Alhamdulillah for the result I have gained. Aim for the best and you'll get the best for you. It may not be good for other people, but it may means everything to you.

Apa yang kita kehendaki, mungkin tak sama dengan apa yang orang lain hendak. Betul? Diri kita sendiri yang tahu dan kenal sebenar-benarnya diri sendiri. Orang boleh motivate kita, beri macam macam nasihat. Kita boleh attend banyak seminar motivasi, in which boleh tolong tingkatkan motivasi dalam diri kita. No matter how high our motivation is, if we don't make the first step, tiada siapa yang boleh tolong.

Contoh macam bila kita nak belajar, nak study untuk test, exams and etc, kadang kita selalu rasa kita ada banyak masa lagi. Kita tangguh dulu. Saying to ourselves, nanti lah, nanti lah, ada banyak masa lagi. Dekat sini dah Nampak yang susahnya kita nak start buat sesuatu. Tapi korang mesti pernah experience yang bila kita dah start buat sesuatu tu, kita akan terus buat (people with high motivation tadi). Apa yang perlu ada ialah consistency di mana kita perlu maintain the progress je.

I speak (write) based on what I've experienced. To be honest, aku ni pemalas. Tapi bila aku dah start, aku akan buat betul betul. Anyway, congratulations to those who have obtained the results. Bagus ke, tak bagus ke, our result is the reflection of our efforts. (Ni kalau cakap hal study and results lah). Kalau ada peluang lagi, improve yourself to get better. Ingat, kehendak kita tak sama dengan kehendak orang lain. Be a better you from day to day. Good luck guys.

Wednesday, February 5, 2014

Nervous

Hi there.

Hi I'm Farha, studying in UiTM Bandar Melaka. Currently in Part 3 degree. *Sudden introduction of myself* haha. Eh. For now semua student degree UiTM are waiting for their results to be revealed and the scary event is gonna happen at February 14th, 2014 if I'm not mistaken. So korang, apa perasaan sekarang? Tak kisah lah result macam mana pun, janji kita dah usaha sehabis baik. Betul tak? Walau apa pun, keep going! Wishing you guys all the best!

Bye, Assalamualaikum. :)

Friday, October 18, 2013

Cinta

Assalamualaikum.

Post tentang cinta, tentang perasaan. Mungkin terasa ini sesuatu yang common. Ya memang betul. Cinta adalah sesuatu yang common, yang hampir semua orang pernah merasanya. Kebanyakan orang melalui cinta menerusi cara yang pelbagai. Cinta Allah, itu yang sewajibnya. Bagaimana dengan cinta sesama kita? Sesama manusia. Antara keluarga, rakan rakan, teman sepermainan, adik beradik, dan yang selalu orang akan notice ialah cinta antara lelaki dengan perempuan.


Apa itu cinta? Jawapan yang pelbagai mungkin boleh didapati dari individu yang berbeza. Lain individu, lain pendapat, lainlah persepsi. Cinta bukan objektif. Cinta itu subjektif. Terpulanglah pada yang merasa. Bagi aku, cinta itu umpama dadah. Bukan morfin dan sebagainya, bukan. Love is an addiction. Kalau dah terbiasa bercinta, bila cinta itu hilang secara tiba tiba, diri kadang tak mampu untuk dikawal. 


Jadi, bercintalah seadanya. Tak salah untuk mencintai, dan juga tak salah untuk dicintai. Sekian.

Friday, June 21, 2013

Entry Paling Short and Bosan.

Assalamualaikum teman teman. Sorry deh sebab lama dah tak update blog. Tadi ada sorang member bising bising cakap blog aku bersawang. Bukannya takda idea nak cerita kat korang, actually banyak benda yang nak diceritakan. Tapi macam busy sikit. Takde masa sangat. Kononnya lah kan.

Hmm. Takpelah ye teman teman. Later on aku post lah eh. Okay lah. Good night. Sweet dream. Hihi.

Wassalam.

Friday, November 9, 2012

Gagal Itu Tidak Salah

Assalamualaikum.

Pengalaman dan kegagalan itu mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Kadang kadang kita takkan pernah rasa cukup dengan apa yang telah kita ada. Itu dinamakan nafsu dan itu jugalah dikatakan kemahuan, bukan keperluan. Kadang kadang bila kita gagal, kita rasa menyesal. Tapi pernah tak kita fikir yang Allah SWT sedang menguji kita?

Contoh paling dekat ialah diri aku sendiri. Baru baru ni keluar result final exam student diploma UiTM. Aku student final semester diploma. Waktu part 1 dulu aku belum dapat Anugerah Dekan lagi. But starting from part 2 until part 5 aku dekan. I was regretting to myself and keep asking why and why aku tak dekan waktu part 1 dulu? I'd wasted the chance for me to get Anugerah Naib Canselor (ANC) dimana kita perlu dekan for every semester to get that.

Bila aku fikir semula, disebabkan waktu part 1 dulu aku tak dapat dekan lah aku dah cuba untuk dapatkan dekan for every semester starting from part 2. And i did it. So sekarang boleh nampak kan yang kegagalan di waktu awal telah membuatkan aku berusaha untuk memperbaiki diri aku sendiri kepada yang lebih baik. Jadinya yang aku nak tekankan kat sini adalah tak salah untuk gagal tetapi salah kalau kita tak cuba untuk berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Betul tak?

3.44 : 3.85 : 3.85 : 3.84 : 3.87  <---------------my results for the 5 consecutive semesters. Alhamdulillah. I'll try to get ANC for degree nanti. Insyaallah.


Thanks for reading. Bye.

Thursday, October 25, 2012

First Impression From My BFF

Aku sangat suka bertanya pada orang di sekeliling aku, maksud aku, kawan kawan dan yang seangkatan dengannya. Apa yang diorang fikir when they first saw me? Gedik ke, menyombong or whatsoever. 

And the best respond was from my best friend, Miss Aina. Aku tanya dia waktu sebelum kitorang balik ke rumah masing2. Dah habis diploma lah kononnya. Aku tanya dia,"mula2 awak tengok saya, apa yang awak fikir tentang saya?" Jawabnya simple, "sombong dan jenis yang memilih kawan". Aku takdelah terkejut mana pun. Cuma aku hairan, apa yang membuatkan dia jawab macam tu. So aku tanya la lagi, "kenapa awak cakap macam tu?". Jawabnya, "gaya awak tu". Oh okay aku dah faham. Dia teruskan dengan penjelasan dia, katanya bila dah lama kenal, aku ni sebenarnya peramah, tak memilih kawan, efficient dalam buat kerja, tak pentingkan diri". Alhamdulillah, bagus lah kalau dia fikir macam tu. Sebab aku pun fikir benda yang sama tentang dia. 

Buat masa sekarang, aku sangat lah rindu kat dia. Hari tu sebelum balik, kitorang masing2 peluk tak nak lepas. Rasa sayanggggg plus sayuuu sangat nak berpisah dengan kawan yang baik macam dia. Korang pun tahu kan, susah nak dapat kawan yang baik so bila dah dapat, jaga lah dia elok2. Kawan waktu senang, memang banyak. Tapi tak banyak kawan yang ada pada waktu kita susah. Betul tak?

Aku harap lepas ni, dia tetap akan sentiasa ingat aku, jangan lupa aku, dan yang paling penting, kahwin nanti jangan lupa ajakk. Kalau lupa, aku curi anak diaaaa. Haha. Kidding ! :D

Thanks for reading. Bye !

Jauhnya Bahagia

Pernah korang rasa jiwa kosong?
 
Untuk waktu yang sekarang, hatiku terasa kosong. Kosong dari segalanya. Aku bersyukur di atas setiap kurniaan maha Penciptaku, Allah SWT. Tidak pernah aku minta untuk diuji dan diduga sebegini. Aku hanya manusia kecil dan juga mungkin seorang hamba Allah yang kurang baik.

Hari ini, aku tersungkur lagi. Akibat terlalu mengharapkan kasih duniawi. Terasa jauhnya diri aku dari cinta manusia. Tidak mengapa. Mungkin ini waktu yang paling pantas untuk aku mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Ya Allah. Hati aku sangat kecewa buat waktu yang sekarang. Mungkin ini adalah pengajaran terbaik supaya aku tidak terlalu taksub dengan cinta di dunia. Sedangkan Allah sentiasa ada untuk aku. Mungkin saat ini, aku sedang diajar untuk bersyukur untuk apa yang aku ada, cukup lah cinta dari keluarga ku, ibu dan bapa ku. Ku harus akur dengan takdirNya. Dan juga mungkin cinta yang gagal ini adalah sebagai untuk mengajar aku untuk menjadi lebih kuat.

Suatu hari, pasti akan ada seseorang yang mampu menyayangiku sepenuh hatinya. Insyaallah. Aku yakin dengan kekuasaanMu Ya Allah. Ini hanyalah ujian kecil bagiku. Mungkin masih ada banyak lagi dugaan yang perlu aku tempuh di kemudian hari. Tiada siapa tahu.

Masih, jiwa aku menjadi kosong, untuk waktu yang sekarang.

Wednesday, October 24, 2012

Degree Application

Babe, sesiapa yang dah di semester akhir yang belum apply for degree yet? UiTM students yang in final semester dah boleh apply for degree starting from 1st October until 31st October 2012. Application ni through online, so korang kena beli number pin di Bank Simpanan Nasional (BSN). Haaaa? Dah tahuuu? Okayyyyyyyy.

Kalau untuk korang yang dah di final semester, dan berhasrat untuk apply for UiTM jugak nanti, korang kena beli number pin untuk penerapan semester akhir UiTM, RM10 sahaja. Alright, sebenarnya aku nak cerita pasal application degree aku. I'm doing Diploma in Office Management and Technology (BM118). So kalau nak sambung degree, course yang ideal untuk aku sambung ialah Bachelor of Office System (BM232). Tapi aku takk apply for this course pun. Aku apply courses lain. Dan kat situ kita boleh letak 4 pilihan program. And these are the courses that i've applied. See see.







But course yang aku harap sangat aku dapat ialah BM223 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia). Aku pun tak tahu kenapa. Tapi kalau dapat course lain pun, aku tetap akan proceed. Sebab aku memang suka belajar. Suka sangat. Percaya takk? Haha.

And lastly, aku harap aku dapat lah kampus yang dekat2 utara ni jugak. Letih lah asyik naik bas ulang alik Penang - Pahang tu haa. So, doa doakan lah ye. Amin. Thanks for reading. Byebye.

Don't Trust Him If

Hello, girls out there. Assalamualaikum.

I believe ramai between korang yang dah ada boyfriend kan? Atau lebih sedap lagi kalau dipanggil bakal suami. Ke bukan? 

Okay now like this. A simple question from me. Do you really trust your boyfriend? Aku bukan nak menghasut korang atau apa, tapi tolong stop jumpa boyfriend korang and stop from trusting them if they were trying to touch you, even your hands. Please. At that time, they're not feeling the love, diorang cuma fikir benda lain. I bet korang faham apa yg aku maksudkan. yessss ! Exactly. Nafsu semata. Cuba bayangkan, kalau diorang betul sayang, they would not want to touch you. Even sikit pun. Tidak akan. Yang perempuan selalunya akan feeling2, rasa disayangi and whatsoever. Tapi lelaki? So girls out there, tolong sayang diri sendiri, maruah sendiri.

Bukan senang nak cari lelaki yg betul2 mahukan seorang perempuan dan lelaki yang mahukan 'body' perempuan tu banyak, bersepah sana sini. Just so, think for your best in life. And thanks for reading. Take care babe.

Tuesday, September 18, 2012

Let's See Who Remember

Hai korang. Assalamualaikum.

Tadi lepas balik dari settle test Administrative Office Management (AOM), aku mandi, solat dan terus terlelap. Entah kenapa, letih sangat la kot kononnya. Terjaga dari tidur yg sekejap tu, aku terus teringat yang esok ialah hari jadi aku. Who remember? Entah la. Tapi aku betul2 nak tahu siapa yang ingat esok adalah birthday aku. So aku terus terfikir untuk remove birth date aku dari akaun Facebook aku tu ha. Just to see, yeahhh WHO REMEMBER?

Tapi sebelum tu, aku ada cakap dekat roommate aku yang aku nak buat mcm tu, and she said that, takut aku yang akan sakit hati sebab kemungkinan besar ramai yang tak ingat. Oh wait, just shut the fuck up. Aku tak takut untuk sakit hati. Sebabnya, lumrah kehidupan lah itu semua. Kebenaran memang menyakitkan. So why nak tipu diri sendiri? Dah puas aku menipu diri sendiri and now i've grown up ! I don't need that silly feeling when i get happy when people wish my birthday just because they get to know it from my Facebook account. It might be fair for them but not for me.

Oh waittt, kenapa aku mengada ngada sangat nak semua orang ingat birthday aku? Bukan aku nak SEMUA orang ingat, i just wanna see if the person who have made the space in my life, will remember it or not andddd that is all. That is the main reason why.

And lastly, Happy birthday to NUR FARHA BINTI ABDUL RAZAK !! Anyone wanna sing for me? ^.^  I'm turning 20 years old this year. Weehoo! Seronok pulak jadi tua an? haha


Happy reading babes. Gotta go. Salam.

Sunday, September 16, 2012

Benda Senang Pun Jadi Susah Kalau Tak Dilakukan Dengan Betul

Hai babes. Salam.

Masalah problem aku malam ni adalah aku sedang serabut pasal subject akaun ni. They said it is the basic accounting and yet, kenapa aku masih tak mampu untuk faham? Adakah aku terlalu bodoh untuk itu? Definitely not. Tak baik cakap diri sendiri bodoh tetapi tak elok puji diri sendiri sebab bakal dikatakan "masuk bakul angkat sendiri". Ye dok?

Hati aku kuat mengatakan yg basic account ni tak sesusah mana pun. Sebabnya, aku yakin yang aku tak faham sebab aku tak pay attention dalam kelas dan juga selalu ponteng kelas. Ehh? Betul la tu. Bukan tak suka dengan pensyarah aku yang comel tu, tetapi mungkin aku rasa kelas akaun dah jadi macam kelas sejarah ataupun kelas story telling lah kononnya. Bukan apa, mungkin pendekatan yang digunakan oleh Mr. Lecturer aku tu tak berapa sesuai dgn diri aku. Aku lebih prefer kalau dia terus ajar straight forward and don't need to sidetrack sana sini. Plus, aku rasa macam naik bullet train sebab pengajaran dalam kelas tu sangat laju. Sangat.

What to do? Aku kena amik initiative sendiri. Study sendiri, because aku yakin aku boleh study on my own. Aku tulis entry ni pun sebab aku nak get some motivation and at least it is written here. The significant thing yang bakal jadi kalau aku failed subject account ni adalah aku kena extend for another semester just to repeat this subject. Memang tak la kan, mintak simpang malaikat 44. Sebabnya, sekarang aku dah final semester, yeayyyy ! haha. Insyaallah, setiap usaha pasti akan ada kejayaan. Ameen.


I know this entry is kinda serabut but still, happy reading okayyy :)

Saturday, September 15, 2012

Hati Dan Perasaan Bukan Boleh Dipaksa

Hai awak sekalian. Assalamualaikum.

Just nak share something that i've found quite interesting.  Kalau nak cerita dari awal sampai habis, aku tak mampu. I just want to point out a thing.  Yesterday, one of my friend, Esha (bukan nama sebenar) got a phone call from his ex boyfriend. And dipendekkan cerita, aku diminta untuk tolong bercakap dengan si Mr. Ex dia ni. Through the phone conversation aku dapat rasakan yg Mr. Ex ni seorang yg masih tercari2 arah tuju kehidupan. Cara pertuturannya matang tetapi bila ditanya berapa umurnya, rupa rupanya sebaya dengan aku. Adehhh.

Okayy to make it short, Mr. Ex masih menyukai Esha tetapi Esha seperti tidak mahu lagi beri peluang kepadanya. There's no solid reason why Esha tak boleh nak terima dia lagi sebenarnya.  Malam tu, Mr. Ex text aku, keep on asking about Esha and one of his text is:

"Takpela, semuanya berpunca dari salah saya. Saya pun lepas ni akan fokus pada agama supaya satu hari nanti saya dapat mencintai Esha dengan lebih baik sebab saya sedar, selagi mana saya tidak mencintai Allah SWT, selagi tu saya tidak akan mampu untuk mencintai manusia".

And I'd replied him with this:

"Takpe. Niat awak dah betul. Jalan yang awak pilih pun dah sangat betul. Fokus untuk dekatkan diri dengan Allah, cari cinta Allah. Allah pasti akan berikan awak pasangan yang terbaik untuk awak dan jika orang itu adalah Esha, Alhamdulillah. Tapi jika bukan dia, awak jangan gusar. Allah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk dikurniakan kepada awak".


Alright, the thing that i want to point out here is, he's a good man and why Esha don't choose him? Hati manusia, kita tak boleh nak paksa2, betul tak? So the same goes to this. Esha knows herself better. Right?



Okay babes. Happy reading :)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan, 2012

Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah.

Ramadhan tahun ni bermula pada tanggal 21 Julai 2012 dan secara kebetulan jatuh pada hari Sabtu. Jadi, ramai students UiTM  Jengka yang tidak ingin melepaskan peluang untuk sambut puasa dgn keluarga tersayang, termasuklah aku. Aku suppose balik Penang, parents and adik2 aku kat Penang. Tapi aku ni lemah sikit kalau nak ulang alik dalam waktu yg terhad, yelah hari Ahad dah kena gerak balik Pahang. Almost 9 hours wo. Confirm letih badan je. So aku decide untuk balik rumah kakak aku kat Cheras. Aku gerak dengan classmates aku - Amirul, Nina, Tia hari Jumaat petang right after kelas Office Simulation kitorang habis. Eh actually kitorang keluar awal sikit, sikit je. Kami berempat. They drop me kat Pekeliling. Then my abang ipar datang kutip aku. Eh tak, datang jemput aku. Hehe.

Okay sesudah sampai di Cheras, my sister's family and me pegi makan dekat Restoran Nasi Kandar Bistro, area Bandar Sri Permaisuri (Bandar Tun Razak), then terus balik rumah. Sesampainya aku kat rumah, belum sempat tukar baju aku dah on lappy aku hadap youtube. Keep on downloading Korean video clips sampai bosan. Itu lah one of my bad side. Eh, bad side ke? ahaha.

First day puasa, aku sahur dgn family kakak aku kat Restoran Nasi Kandar, tapi aku makan nasi goreng. Lepas tu kitorang perform Subuh prayer kat masjid berdekatan. Aku pun tak ingat apa nama masjid tu. Lepas balik dari masjid tu, aku rasa sangat tenang. Siap sempat lagi update status kat facebook aku tu ha. Jadi aku harap, insyaallah dengan tibanya ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini, aku dapat mengubah diri aku sendiri dari yang negatif kepada yang positif. Insyaallah, aku akan dapat kurangkan sifat2 mazmumah dan inginku tingkatkan sifat2 mahmudah. InsyaAllah.


Monday, July 16, 2012

Misery? No, she's smiling.

Can you tell whether this girl is in misery or what? Of course lah you can't tell. Isn't it? Sebab muka dia sentiasa senyum, bila sedih pun dia still boleh cover2 bila member2 tanya. And now, she's better than before. Dia boleh sembunyikan perasaan sedih, marah, dan yang sewaktu dengannya by smiling. Yeah, she's really good at it. Sekali pernah terluka, terasa macam hati disiat2, lagi bertambah kuat hati dia rupanya. Alhamdulillah, Allah sedang mengujinya dan Insyaallah, dirinya dapat go through all that.

Nak tahu macam mana dia boleh survive even emosi dia sering terganggu? Sebab dia ingat Allah. Aku rasa dia jadi lebih dekat dengan Allah bila dia ditimpa musibah. See? Allah bagi kita rasa susah, sebab nak kita ingat kat Dia. Allahuakbar. Ha nampak tak kaitan di situ?

And now she's in the final semester for her diploma dan Insyaallah dia akan usahakan untuk dapatkan anugerah dekan lagi. But unfortunately hajat nak dapatkan Anugerah Naib Canselor (ANC) tu dah terkubur lama sebab kantoi waktu part 1, pointer only 3.44 tak cukup 3.50. Sigh. Takpelah, rezeki masing2.

Ha see this girl down here, boleh senyum2 lagi, kuat kan? Ha please say yes ! haha. (kidding!)






Sunday, July 15, 2012

Cerita bila best friend dah menggedik.

I keep laughing when i read this. :D



Dia:      Hai awak, rindu la :)

Aku:    Wey, aku pun rindu kat kau. Haha

Dia:      Ala ape 'aku kau' ni. Tak sweet la awak. Haha

Aku:    Haha. Gedik.

Dia:      Haha, serius sy rindu kat awak.

Aku:    Jangan main2 la. Ee, aku tumbuk jugak kang.

Dia:     Kau nak tau tak, lelaki gunakan istilah kawan untuk pembuka kata kepada hubungan   yg lebih serius tp pmpuan gunakan istilah kawan untuk putuskan hubungan :)

Aku:    Yang tu aku tahu, tapi kau tu suka main2. Eeee.

Dia:     Kau kena paham kenapa aku suka main2.

Aku:    Mane aku tahu, aku kena paham ape je wey? =='

Dia:     Haha, takde ape la. Nanti bila2 kau free kau pikir la ape yang aku cakap tadi.

Aku:   Haha. Yela wey.=='

Thursday, July 5, 2012

Berhati-hati menjaga hati

Assalamualaikum,

Tak susah mana pun kalau bab nak menjaga hati ni. Tambah2 lagi hati sendiri. Tapi kadang2 orang salah anggap dan salah faham macam mana nak jaga hati.

Simple, jika kita sayang, pasti mudah untuk kita jaga. It depends on your own willingness. Macam nak stop smoking la. It depends on your willpower to stop it. Kalau sayang diri sendiri, jaga hati sendiri. Jangan biarkan orang lain mudah sangat nak guris2 hati kita ni. Then, kalau dah pandai nak menjaga hati sendiri, baru boleh proceed untuk jaga hati orang lain. Again, it's simple. Love and respect yourself. Others will do the same to you. Kalau kita sendiri tak boleh nak sayang and respect diri sendiri, macam mana orang lain nak buat benda yg sama? Tak macam tu? Kan?

Last, sayang Allah, make him as your King in your heart, and He will help you to find your King, your man. Insyaallah.

Selamat malam.

Wednesday, April 4, 2012

KL Budget Hotels

Hello travelers.  Traveling in Kuala Lumpur is fun yet you still have to face the difficulty in searching for a budget hotel in Kuala Lumpur.  No worries ladies and gentlemen.  There are a total of 132 budget hotels available in Kuala Lumpur.  You just have to choose.  Trust me or not, the cheapest rental price is RM31.00 and the most expensive rental price is RM313.00.  It is reasonable isn't it?

 You can choose any of the offered budget hotels according to your preferences.  Every hotel offers rooms with air conditioner and internet facilities.  There are 20 different locations which you can find budget hotels in Kuala Lumpur which are at Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tasik Selatan, Bangsar, Brickfields, Bukit Jalil, Cheras, Golden Triangle, Kepong, Kuchai, Mont Kiara, Old Klang Road, Pantai, Segambut, Sentul, Setapak, Setiawangsa, Sri Hartamas, Taman Desa, Taman Maluri and Taman TTDI.  For your information ladies and gentlemen, Golden Triangle is the location which have the highest number of budget hotels which is 107 budget hotels located in Kuala Lumpur followed by Cheras with 34 budget hotels, Setapak with 20 budget hotels and Sri hartamas with 13 budget hotels available.  Other venues hold less than 10 budget hotels located there.  Besides that, the most bookings hotel room is the Deluxe Room at EV World Hotel Bukit Bintang.  This room is cost RM64.00 per day.  Each of you can have a try to the available budget hotels in Kuala Lumpur to smooth your travel experience.  I believe that each of you would definitely satisfy with their services. 



 For more information, please go to iBilik budget hotels to access on the descriptions, availability and map or directions to each of the hotels.  The pictures or images on each of the hotel rooms are also available to ease your searching according to your likes.  I am wishing each of you to have an awesome travel experience in Kuala Lumpur and I am hoping that this information will at least helps all of you to find for a suitable accommodation during your travel.  Thank you.

Tuesday, April 3, 2012

7 Simple & Safe Beauty Tips

Assalamualaikum people yang cantik cantik belaka :)

Setiap ciptaan Allah SWT di muka bumi ini semuanya cantik cantik terutama perempuan kan? So janganlah any of you yang rasa diri tu tak cantik lah ape lah, sebab every single of you is beautiful just the way you are. Okay cantik?

Alright, just wanna share some information on 7 simple tips to enhance your beauty.  Especially kepada perempuan perempuan di luar sana yang sudah sememangnya cantik, but still anda kena maintain ataupun jaga kecantikan anda tu kan? Yang belum kahwin dan yang dah kahwin pun still kena maintain jugak. So lets read some of the tips down here.

1. Rawatan Muka - Alright cantik cantik sekalian, perawatan muka yang teratur adalah salah satu tip yang anda boleh ikut iaitu dengan membersih dan menyegarkan wajah anda setiap hari. 

2. Pengambilan Makanan - Makanan yang bergoreng ataupun yang berminyak hendaklah  dikurangkan pengambilannya. Anda juga perlu banyakkan minum air putih. Kalau boleh air suam, air sejuk perlu dikurangkan terutama selepas makan.

3. Bersihkan Muka Dari Solekan - Okay, tak salah kalau anda nak bersolek, tetapi tolong pastikan anda bersihkan sebersih-bersihnya muka anda dari sebarang solekan sebelum anda tidur.

4. Tidur - Walaupun anda terlalu sibuk dengan kerja, assignment bertimbun2, tapi jangan pernah abaikan waktu tidur anda kerana tidur dan rehat yang mencukupi adalah salah satu sebab anda kelihatan segar dan cantik.

5. Pengambilan Buah-buahan & Sayur - Anda perlu juga lebihkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kulit yang cantik.

6. Kebersihan - Sila utamakan aspek kebersihan dalam apa jua yang anda lakukan. Contohnya, kuku hendaklah sentiasa bersih dan tidak panjang.

7. Produk Kecantikan - Pemilihan produk yang bersesuaian dengan tekstur dan PH kulit anda. Jika anda tidak pasti tentang kulit anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar kulit ataupun anda search saja di internet. Selain itu, jangan biasakan diri anda dengan menukar-nukar produk kecantikan dalam masa yang singkat.


So, harap harap entry ni dapat sedikit membantu anda di luar sana untuk mengamalkan 7 simple tips ni to enhance your beauty. Kalau anda yang tak jaga kecantikan diri sendiri, siapa lagi? Ye dok? hehe. Good luck people.

Monday, April 2, 2012

What you need to do if he/she is not answering your call

Sulking

It can be a high percentage that he or she is sulking. We have to give them some times because there's no use to keep on calling them when we know that they definitely will not answer the call at that moment. So just let them relax and calm their mind.


Send Text Messages

You can send text messages, to butter up his or her feelings because they will definitely read your messages even though they're not answering your call.


Ask Forgiveness

If you are the one who made the mistake, please ask for an apology from them.  Sometimes, they are not answering your call because they're upset with your behavior.


Just so if he or she still not answering your call, maybe they are having some problems or some works to get done or require their attention. So all you need to do is to understand them and give time to them. Okay love? Good luck.